PUISI MERDEKA

 

MERDEKA MENGIMBAU KEMBALI SEMANGAT PETRIOTIK

NEGARA

bermula

di mandi kan lahir

dibedakkan wajah comel

sekiranya perempuan bak srikandi

sekiranya lelaki bak perwira

mendukung maruah diri

ingin dewasa

hari itu kau dikuasai dia

seluruh tubuh bersedih

tercalar kulit terbuka luka

menitik darah kecundang

terjun ke bumi kembali ke asalnya..

menangis kecil kelaparan

menggigil terperosok gadis ketakutan

mengerang jejaka jasad terdampar

di persada ini perut di ikat ubi

badan berpakai capik

kaki pasti jarang berlapik

belenggu kebebasan

bukan lah bersendirian

tertanggung kepedihan itu

seluruh kifayah merasa

pemulihan dari kepayahan

bukan perjuangan individu

menegakkan merdeka dari cengkaman

bukan sekadar ibunda

bukan hanya ayahanda melindungi

tapi selagi bernama jiwa

hari ini

aku bangga sebut nama mu negara

mungkinkah aku

tidak terbeban aku dengan remaja mu

tiada bersusah payah aku dalam dewasa mu kini

tapi biarlah

rekahan luka itu biar nampak berparut

agar tak siapa melupakan

di ketika menikmati tulisan ini

bahawa kita pernah dilukai....

"AlifLamYerFer

 


 
















http://limapuluhmerdeka.blogspot.com/

Puisi Aku sempena perbarisan

menyambut kemerdekaan Malaysia kali yang ke 50

Tuesday, September 4, 2007

 

Kekasih Jiwa Merdeka

Engkaukah pahlawan

Memperjuangkan demi kemerdekaan itu

 

Hei Engkau

Kau tak tahu pun erti kemerdekaan

Kau tak tahu pun erti kawat semboyan

Kau tidak tahun pun erti lintas langsung

Kenderaan artileri tersergam gagah

Pahlawan merdeka perkasa menyusun langkah

Kau tidak mendengar pun derapan sepatu

Iramanya cukup untuk membakar semangat bersatu.

Kerana engkau telah gugur

Sebelum bebas menghurai penjajahan

 

Ketika seketika itu

Mana wajaran hidup mu

Mana senyum mana tawa mu

Mana kesenangan yang terhampar untuk mu

Mana ketenangan kebahagiaan mengisi masa lapang kau

Semua tidak kau kecapi

 

Yang hakikat sahutan alam

watak derita sengsara bersulam

Wajah kusam senyum tawar

tawa mu pada kemenangan

kejayaan di hari ini mencagar nyawa seribu jiwa

Senang mu bertatahkan senjata

Ketenangan mu ketenangan abadi

 

Entah di mana kuburnya

Biar pun kubur mu tidak bernisan

Biar kan berlalu masa menelan alam

Namun aku tegar memberi ingatan

Penikmat kemerdekaan ingatlah

Kebebasan yang kita nikmati

bersandarkan darah gagah

berhamburan terpancut melimpah

penat lelahnya semua demi maruah

 

Ya! semua sipulan yang aku engkau kan

Gugur mu sebelum merdeka

Perjuangan mu jelas satu

Demi Negara kau dan aku

Memang wira ku kau pahlawan sejati

Nyawa mu engkau cagarkan??

Tidak engkau takut dengan maut??

Tidak engkau gentar dengan senjata yang bakal menusuk??

Aku pinta pada mu ya tuhan

Tetapkanlah kami dengan satu rasa

hadirkan satu kekuatan jiwa yang sama

Agar aku mampu beralih di tempat pejuang jika dipinta.

 

Rasa itu mengecilkan jasad ku

Rasa itu menghela sedih ku

Rasa itu melonjak kan tangis ku

Longlai kaki melangkah demi 50 tahun

Sesungguhnya aku berasa tidak layak

Mengambil ruang ini menggantikan tempat jasad mu

Yang sepatutnya hadir di perbarisan disini

Demi meraikan hasil dari kemerdekaan

Demi darah yang telah engkau tumpahkan

Demi penderitaan yang keluarga engkau tangiskan..

Tapi cukup lah dengan jiwa raga mu itu

Buat inspirasi menunaikan tanggungjawab kami

Demi negara dan bangsa yang engkau perjuangkan..

 

Di langkah hari perbarisan itu

Kesedaran ini mengamit rasa

Spontan ku kumit mulut membaca

Aku kalungkan selafas Fatihah

Bersemadi lah kekasih ku

Bersemadilah wira Negara ku

Pasti tidak akan aku abaikan lelah mu itu..

 

Oleh :- AlifLamYerFer

 


 

Di rumah Pejuang Kemerdekaan

 

Tatkala raptai kali ke dua

Hati aku tersentuh pilu

Rasa terharu dengan semangat yang jitu

Sedih kerana pejuang kemerdekaan sebenar

Tidak dapat sebaris mengatur langkah seiringan

Mereka tidak hadir kerana terkorban di perjuangan

Atau mereka tidak dijemput

Kerana tak siapa mengetahui

 

Baru sehari selepas merdeka

Di rumah pejuang itu aku hadir

Dia ceritakan seribu perasaan merdeka

 

Pejuang kemerdekaan gagah perwira

Tanpa silu dengan berkata bangga

Air mata tidak tertahan

mendengar lagu patriotik negara

Bukan kerana ia tidak dikenang

Tetapi kerana bertapa penderitaan itu

Rasa baru semalam diratapi

 

perjuang kemerdekaan itu masih gagah bernyawa

tiada puisi bertajuk di mana pusaranya

tiada puitis bertulis pusara tanpa nisan

tapi ia tidak pernah diingati

atas perjuangannya yang ikhlas

yang tidak pernah pinta di balas.

 

 

Jasa pejuang kemerdekaan itu bukan sedikit

Kudrat juangnya tak pernah susut

Jasad tidak dimamah usia itu

Memperlihatkan kepahlawanan bukan kepalang

Atas dukungan tauhid

Usul dan kias di ungkai

makrifat dipakai

 

Ustaz Sapiee Wahab

Kau pejuang kemerdekaan

Sebesar rahmat buat mu dan aku..

 

Oleh :- AlifLamYerFer

Posted by 50 Tahun Merdeka at 1:55 AM 0 comments

Labels: baik bagi tau kawan, silap bagi tau AlifLamYerFer, tulis ikut syok sendiri









 

 

Comments

Popular posts from this blog

GTROC Gathering KE-9 Negeri Sembilan 2023

GTROC Gathering ke-7 Kuala Terengganu 2020